Thursday, 17 March 2011

BLOGGER DIPUJI

Blogger bukti rakyat bebas bersuara


IBRAHIM (duduk empat dari kanan), Chamil (tiga dari kanan) dan Firdaus (lima dari kanan) bergambar bersama para peserta pada majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.
"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.
"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya.

No comments:

Post a Comment