Thursday 17 March 2011

Mencari kebahagiaan

3 kunci kebahagiaan

macam mana nak bahagia?

Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dan bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan” (HR Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain)
Memelihara lidah.
hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

Berlapang-lapang semasa di rumah.

Maksudnya di sini bukanlah nak biarkan rumah jadi lapang cam tu jer.. tetapi kita perlu membina keluarga bahagia dan aman damai, serta menjadikan suasana rumah yang membolehkan kita beribadat kepada Allah. Jadikan rumah kita setenang air mengalir.. Kalau dah umah pun tunggang langgang, pastilah hidup pun tunggang langgang kan?

Menangisi kesalahan dan dosa.

Percayalah… dosa akan membuatkan hati seseorang itu tidak tenang. Semakin banyak seseorang tu buat dosa, semakin tidak tenanglah dirinya. . Cara untuk menghilangkan dosa ialah dengan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Sesungguhnya beruntunglah kalau hati seseorang itu sering menangisi dosa-dosa lampau yang telah dilakukan.

Demikian sederhana kunci kebahagiaan yang di berikan oleh Rasulullah saw dengan penuh makna tersirat..

No comments:

Post a Comment